SEKETIKA AHAD ….
Sunday, July 30th, 2006"Nak breakfast sama tak kat Hajris Bistro? Cepat siap..kul 9.30 kat gate depan". Dengan tangan terpisat pisat pantas jari aku membalas sms "NAK……………". emm…semalam bukan main beria lagi nak gi jogging kat Tasik Permaisuri..pagi ni melentik lentik bdn atas tilam malas nak bangun..alah, sekali sekala belasah makan kat mamak stall apa salahnya..tgk jam baru kul 7.30, sejuknya nak mandi, tp pelik, hari sabtu ahad je sejuk sgt2, kalau week days nak gi kije tu eluk je mandi. Nak tido dah tak mau lelap dah, dah terbiasa..sambunglah baca buku citer-SOMEONE TO WATCH OVER ME:JUDITH McNAUGHT. Ok gak arr citer dia, mlm td tido lmbat sbb eager sgt nak abiskan (tp tak abis pun baca , hehehe).
Then bangun mandi siap siap tunggu yong datang. kezenku yg setia, tempat di kala ujan renyai, ujan ribut ngan puting beliung; macam macam masalah bleh la bercerita ngan dia. then, kitorg trus ke destinasi , time nak order yong nak makan yong tau fu pulak, tergelak je mamat mamak tu..sah sah la takde kan, mana ada kat kedai mamak nak breakfast yong tau fu..kena betulkan urat la yong ni..something wrong somewhere, hahahaha, opps…sori yong, terkutuk plak.hehe, aku plak order megi goreng dgn harapan benda tu tak menggemukkan aku..aku mmg tgh rungsung & risau ngan masalah berat bdn aku yg semakin melonjak lonjak sejak kebelakangan ni..aku tanya yong, megi ni bleh gemuk ke tak, sibuk je mamat tu, "tada tada , u makan tada boleh gemuk punya, saya kasi itu telur satu biji saja.."amboi..kecoh je, aku bkn tanya dia pun.klah, apape pun..megi pun megi la..sambil tunggu order, macam macam topik yg kitorg borakkan,dari kisah arwah Hani Mohsen, CT Nurhaliza, Ina-Mawi, budak telan racun sbb mak tak kasik kahwin ngan mat rempit, pembunuhan adinda Sultan Pahang, Maya Karin ngan Khairy Jamaludin (anak Pak Lah tu), kekejaman Israel yg semakin berleluasa, sengketa Pak Lah-Dr M yang takde penyelesaiannya, Dr M kene spray ngan serbuk lada, sampailah kepada kisah tempat kerja aku yg sgtlah menensionkan aku sejak kebelakangan ni & jugak tmpt kije yong ..dia cikgu, lagi pening nak mendidik bebudak samseng skang ni..aduh nak tergelak aku bila dia citer yg bebudak Form 3 bleh phewittt kat dia time dia lalu nak mengajar kat kelas sebelah.Padahal bebudak tu tgh belajar ngan cikgu lain dlm kelas..emm..manalah adab bebudak zaman skang ni..hancuss..
Selain tu terselit la jugak kisah cinta yong yang penuh ranjau duri, yg pastinya perit utk diteruskan..tp bak yg kita sumer tahu, soal hati; tiada sape bleh melawan takdir.begitulah..apa yg aku bleh ckp kat dia, buatlah apa yg patut, pklah pjg2, tapi walau apa pun yg terjadi aku takkan tinggalkan dia sorgsorg menanggung masalah..apa masalahnya?… sgtlah berat, sgtlah sukar utk dicoretkan, biar hanya dia dan aku yang tahu..betapa aku sebenarnya sgtlah terjerat dgn keadaan, dengan resah gelisah, gundah gulana hati yong, dgn adat resam keluarga yg sudah diketahui, dengan apa yg bakal berlaku, aku hanya mahu dia bahagia.betapa sewaktu kecil, kami pernah berjanji utk berkahwin bersama-sama, berkongsi pelamin..mungkin itu sekadar gurauan, yang pasti sekarang ini, aku mahu hidup bujang kami berakhir dgn kegembiraan..
Kisah cinta aku?emm..akan aku coretkan dalam satu ruangan khas CINTAKU…hehehe, yang pasti aku berharap lelaki yang kucintai ini boleh menyayangi aku sehingga ke akhir hayatku..
Ok, sbnarnya bila kitorg ni dah berjumpa mmg tak bleh berenti berckp, macam macam nak update, maklumlah kesibukan aku yg mengalah kan CEO (padahalnya sgtlah tension bekerja) dan juga yong yg penuh dgn aktiviti aktiviti sekolahnya membuatkan kitorg ni jarang berjumpa..padahal dua dua kat KL jugak..lagi bila balik kampung berkepit je..macam tak berjumpa setahun..hehehe..abis je mkn, borak, bayar, chiow ..balik umah..
Sampai umah, apa lagi, zasss..terbang naik atas katil baca paper. Hari Ahad mmglah hari membaca sedunia keluargaku. Bermula ngan KOSMO, HARIAN METRO, MINGGUAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, NST semua balun. Padahal citer semua nak dekat sama je, tp dah terbiasa. Abis semua aku baca..then?bosan………………………………………………………………ramai je kengkawan ajak kuar, maklumlah skang ni kan MEGA SALE..tapi jgnkan diorg, aku pun heran, langsung takde perasaan nak shopping.Org ckp, takde hati nak lgsung.
Mungkin hati aku dah terbang pergi tempat lain..jauh? tak juga? dekat? pun tak juga..Perasaan aku time ni? KOSONG…….. SUNYI……..SEPI………..