BEST + BOSAN!!!

April 30th, 2007 by dgoon

Oh My God, i can open my frenster kat opis!!!!(jakun sekejap)

Hari ni ada 14 org je kat ofis..productivity sesangatlah lownya dan aku rasa sesaat berlalu mcm setahun..lama betul nak tunggu 5.45, nak chow chin chow..BALIK UMAH..PERGI PARAM & THEN BARING SAMBIL GOYANG KAKI ATAS SOFA..Arghh ..heavennya ..pastu khamis kembali disaster dgn kije kije yg serabut..kalau aku anak org kaya, SEKARANG jugak aku resign 24 HOURS!!!

Semalam dahla aku migrain, satu hari terbaring atas katil, bangun sebb nak mandi, e..ek & mkn. Pastu doklah terbujur cam org sakit tua atas tilam yang melengkung!benci aku, sia sia je beli tilam spesel untuk tulang belakang, konon warranty 5 thn, ni baru 3 thn dah melengkung!GERAM!! Aku baring drp pagi sampai kul 8.30 malam, leper kepala aku semalam..bangun bangun je berita dah ON. Dengan terhuyung hayangnya aku gi lah mandi, menyegarkan tubuh badan, hehehe, malam ni gamaknya makan buah pir ajeler..ingat nak pi PASARAYA HERO ptg tadi, umpama mimpi dalam mimpi je la

Then, terasa fresh sgt sampai mata tak mengantuk langsung..suft internet sedar sedar dah kul 4.30 pagi..alamak, esuk nak kije!!!aku paksa jugak mata ni tido, sedar pagi tadi kul 8mlm.sib baik dalam tempoh "percutian", selamat tak bangun SUBUH, kalau tak dah tambah lagi dosa.hehehe

Sampai opis dlm kul 9.25pg. Selamba badak sumbu je aku masuk opis ngan muka toya dan kerutan kat dahi, kononnya bersalah..kononnya la kan..sunyi je opis hari ni sbb tak ramai org tp telefon berdering tetap macam *toot*.

Banyaknya nak sign….hari ni aku asyik merungut je..eeiiyyy MALASNYA!!!!TOLONGLAH AKU!!!!

BOSAN!

FRIDAY BLUES……………

April 26th, 2007 by dgoon

I MISS MY FREN!!!!!!!!!!!!

&*^%$#@!

September 1st, 2006 by dgoon

What are tension headaches?  Stress

Most people describe a tension headache as a constant dull, achy feeling on both sides of the head. Some people with tension headaches also have a tight feeling in their head or neck muscles. Tension headaches usually begin slowly and gradually. They often start in the middle of the day.Another name for this type of headache is "stress headache."  When
people say they have a stress headache, they usually mean they have a
tension headache. Tension headaches may be mild or severe. Sometimes
they hurt more than migraine headaches.

What else can I do to ease the pain of a tension headache?

Besides taking medicine, other things you can do to ease the pain of a tension headache include the following:


  • Put a heat pack or an ice pack on your head or neck.
  • Take a hot shower.
  • Get enough rest or sleep.
  • Take
    time away from things that are stressful. This could mean doing
    anything from taking a brief walk to going on a long vacation.
  • Get regular exercise of all types. Work up to exercising for 30 to 60 minutes, 4 to 6 times a week.

I HATE CRAZY PEOPLE WHO ALWIZ DISTURB ME!! +  I HATE MY BOSS!! =  I HATE MY CRAZY BOSS WHO ALWIZ DISTURB ME!!!!!!!!!!!!  …………………………………………………………………………………………………..

VACANCIES ??? ismafatinnabila@yahoo.com / nadilaha@sbb.com.my

uWAA!!!!!!!!!

August 19th, 2006 by dgoon

                                                                        

Uwaa

Menangis, menangislah
Selagi air mata setia berguguran
Luahkan, lepaskan beban
Ratapi kegetiran
Jeritkan bara hati
Menangislah
Namun tangis hanyalah tangis
Hanya pelepas sedih
Yang tak mungkin ubah suratan…………

I MISS MY FRENZSSSS

August 19th, 2006 by dgoon

ANTARA SAHABAT DAN PERSAHABATAN
PERSAHABATAN KEKAL KUKUH INGATAN
SAHABAT YANG BERDIRI TEGUH
IBARAT AWAN DI LANGIT USIA
DITIUP ANGIN BERPISAHLAH IA

1989

Kenangan masa darjah 3 (1989) ngan Cikgu Suhaimi yg hemsem :)


TERIMA KASIH SETIAKAWANKU
JIKA BENAR TEGUH TEMBOKMU
JANGANLAH IBARAT LERENGAN BERLIN
WALAU KUKUH NAMUN RAPUH IBARAT LILIN


Klcc

KLCC 2002 before bukak pose                           Ckynnonanim

Dinner Putrajaya




JADILAH SEPERTI TEMBOK CINA
NUN DI BULAN TAMPAK IMEJNYA
WALAU DI MANA KITA PERJUANGKAN USIA
SEMATKANLAH KENANGAN YANG TERAKAM BERSAMA
SELAIN BERPADA-PADALAH PADA TEMAN SETIA
KERNA DI SEBALIK SIFAT MULIA
KITA MASIH MANUSIA BIASA


Nonckyon

Graduation di umah arwah nenek yang disayangi kita semua~2003
Jeynah & C-kyn

Sweet_myzie

Sweet Myzie



TERIMA KASIH SETIAKAWANKU
TERIMA KASIH KERNA SENTIASA MENYELAMI KEKUSUTANKU
TERIMA KASIH KERNA MELERAIKAN KEGUSARANKU

TERIMA KASIH KERNA TERLALU MEMAHAMI
TERIMA KASIH ATAS SEGALA GALANYA……

1.8.1980

August 2nd, 2006 by dgoon

1.8.1980. Kampung Awah, Temerloh, Pahang. (Ingat CT je dok kat KG AWAH, aku pun lar..hehehe).hmm..HAPPY BIRTHDAY TO Me!!!yEYe, aku dah bertambah muda.hahaaha, Neway, bila bangun pagi aku rasa cam lain sikit, cewah, poyo je kan..tapi nak jiwang jiwang sket dah lambat, nak kena gi opis pulak,sebut je gi opis mood aku spoil..apa la ubat yg aku patut telan nak bg mood aku ke opis tu berbonga bonga.eeyy, malas tau tak, BIG M.

Ni msg2 yg aku dpt masa birthday aku.

ManToba - Abg BOtak udah cakap happy birthday ke?
* Yelah, sebenarnya Nyah tahu kamu nak ckp happy birthdy kan, tp malu, hehehe, thank u sbb ingat..bkn mcm Yop Peton..main game, tido,main game,tido,main game, tido, tu je kerjanya..

Washa - Hapy besday..semoga pjg umur n dimurahkan rezki, sweet 26..
*Ha, ni barula aku suka, kwang3X..thank u thank u sis!!kakakmu ini mmg sweet


MakNyah
 - Happy birthday 2 u, from MakNyah & family
* thanks MakNyah..my lovely auntie

MyLuv~ - Happy birthday sayang..
* ok, memula dpat kol kul 10mlm.Mmg terover awal okey.Tp aku terpaksa paham la kan, sbbnya of course mlm tu dia ada serbuan, kang nak tunggu kul 12.00 cam jeynah, lansung tak sempat wish mmg aku merajuk la kan, hahahaha, confirm seminggu tak makan, GILE TAK?? (aku rasa tak, sbb org gile pun harihari mkn). Then msg bersusulan selama beberapa kali..
1 4 3 7..

KunyiNgunyi@Jeynah@Non - Happy birthday, happy birthday,happy birthday!semoga tahun ini membawa cahaya kebahagian buat temanku,cewaah!
* hehehe, thanks non!!kau adalah yg terawal sekali meng’wish’ aku.thank u, sanggup kau bersengkang mata tunggu kul 12mlm nak wish aku kan.aku rcvd kul 12.01, terharu seh..(jap, tak jadi nak sebak bila teringat NENEK AL-MANSUR AMPANG PARK..NGERI!!!!!!!!!!!).aku doakan kau pun sama jugak non..thanks 4 being such a wonderful frenz..kita dah kenal berapa lama ek?dah dkt 6 tahun kan.lama tu…almaklum..kentut maruku dalam genggaman, kahkahkah (jgn nak buat buat lupa ok, jenayah kau kat aku!)

Anim - Happy birthday autie digoon!!from anim, amir n babydlm perut..:)
* thanks anim, tp tak syok arr kau panggil aku auntie, nnti baby kuar aku nak isytiharkan 
  nama aku ialah sis adila, barulah comey, sesuai & sepadan, harharhar


Syikin Happy2 birthday.Abg polis kata apa?semoga kebahagiaan sentiasa bersama ngan kau
* hehehe, u 2 Syikin.tp jap..sebok je nak tau abg polis kata apa kan

Sue - dila..happy birthday..semoga pjg umur & dimurahkan rezeki..
*amboi, su mmg memanggilku adila or dila semenjak berkahwin setelah ditegur suaminya kerana maybe dgoon tu tak sedap didengar ditelinga shauki, hahaha, bagus jugak su, tp cam dah lama tak dengar org panggil kita ngan nama tu, emm…terasa macam PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR pulak..tp mmg pun kan.

Selina Anthony - selamat hari jadi Kak Adilah!!!
*teringat kat dia..tak sangka dpt msg ni, saat saat getir di bank tu dah berakhir utk u, but no me SELINA!

Tasha - Happy birthday Kak Dila!!bila nak kahwin?cepat sket:), lama tak dengar khabar..TakeCare, Luv-Tasha..
*thank u dik!!

Amir - Happy birthday dgoon..takde dinner spesel ke ?
*utk pengetahuan kau aku takde dinner spesel ok.Dinner di mlm birthday aku hanyalah benjo ok.Anyway, thanks Amir, Raja Klang Valley, (perasan!)

ok..pastu dlm kul 9 camtu MA kol..siap nyanyi nyanyi lagu. power la MA..Dalam nak gi ngaji tu bleh lagi nyanyi untuk anakmu, hehehe, i LOVE U MA..LUV U SO MUCH!!time ni aku kat opis okey, n sorang pun kat opis tak tahu birthday aku, hehehe, kira ok lah kan,takkan nak jerit depan bos aku yg annoying tu , HELLO, TODAY IS MY BIRTHDAY!! Sorry beb, lebih baik dia tak tahu, kalau tak karang dia sure nak berlegarlegar tepi meja aku, n i dunt like it ok!Nokhtah! (tengok, sebut je pasal tmpt kije aku atau yg berkaitan dengganya , my blood go up up up up n upstairs.)

tghari sket Juan kol,wish happy birthday..heheh, thanks dik..

then , ptg ptg sket MYZIE kol.."dgoon..happy birthday, aku sebnarnya dah anta msg kat kau, siap nak ajak kuar n suruh kau revert asap okey.then aku curious apasal la kau tak blas msg aku, upanya aku tak sedar fon aku dah kena blocked".hahaha, myzie, kau ni kan, mmg tersangat katun ok.apapun thanks!nnti friday ko belanja aku , aku nak tomyam, tomyam tomyam!!!tolong nak tomyan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hehehe, aku tau aku mesti dpt punye, kau kan sayang aku kan, kan myzie kan, kan kan kan.

So, genaplah usia aku 26 tahun..dilahirkan di Pahang, membesar di Selangor, persekitaranku juga bnyk dipengaruhu pengaruh pengaruh orang Perak (kg Apok ku), bersekolah di KL then JOHOR. PAHANG then sambung pengajian tinggi di  & kembali semula ke KL…so, kalau org tanya aku, asal mana?aku nak jwb apa ek, skang plak parents aku dah bermastautin di Perak. Abis je blaja, aku mmg memerap (adakah ini perkataan yg sesuai?maybe) kat KL..so, asal tu mana ntah nak pilih.hehehe

berbalik kepada citer birthday aku ni kan, harihari di opis rasa mcm perit sgt, almaklum, mak ayah jauh, kengkwn pun jauh jugak, my luvly price pun jauh jugak, so aku sambut birthday dgn segala surat surat lawyer yg nak kena check, yg file yg bertimbun yg benci nak tgk, ngan email email yg penuh dlm inbox nak kena attend, ngan surat kat blkg fax lagi..arrghhhh..adakah itu satu hari bahagia utk birthday girl? oh,jawapannya sungguh TIDAK okey! lastnya, mlm birthday, no cakes no nothing, aku sampai umah kul 10mlm.bukan balik lewat becoz celebrate ok, tp sbb buat kije kat opis.

hmm…ada 2 birthday celebtarion yg aku takkan lupa sampai mati ..

1.8.2000

masa ni aku kat Kuantan, Pahang, Assasi Sains Hayat - UM. So dah semester akhir kitorg dok kat satu apartment, PALM COURT..mlm before birthday aku ada perjumpaan ngan Puan Saadiah,Management apartment ni pasl apa pun tak ingat la, tp sumer student UM, UiTM sumer kena berkumpul, ey, benci ok.then, bila dah solosai, sumer nak naik, kan dah penat, time tu dah dekat kul 12. Aku pun berlakon berlakon buat mcm badmood n mcm penat gitulah, niat sebenarnya nak bg kengkawan aku cam tak tegur aku, so that they all takkan simbah aku ke apa ke, hahahahahhaa, very the naughty dgoon.(mmg aku berbakat nak ganti UMI AIDA ok):)n aku dapati (dapati?) plan aku berjaya bcoz naik je katil aku trus tutp muka ngan bantal busuk n buat buat tido, n takde sape nak tarik tarik aku nak main simbah simbah, ye yeye yeye yeye, sedar sedar dah pagi..bangun je (ngan rambut mengerbang ok) they all nyanyi, happy birthday..aku ngan baju kelawar merah bunga itam pun tersengih sengih, tp dalam hati punyalah lega sbb tak kena simbah, so segala galanya berjalan dgn penuh normal ok.then aku turun  katil they all pun tarik aku ke ruang tamu ..time tu, jap nak recall sape ek, serumah ngan geng DIVA ni ..hehehe, bermula ngan bilik bibik kat belakang ::aku (of course)kat katil atas, jeynah kat bawah, su kat atas ilah kat bawah.then bilik kedua , syikin, mamee,anim & myzie (kedudukan katil tak ingat, yg pnting myzie mcm pelarian sbb suka tido kat ruang tamu, wakakakwaka), then bilik master, mastinah ghappar, azimah, liza (kecik giler budak ni), lagi sorang…alamak…sape ni, ni sumer bebudak baik, innocent, alamak belasah je lah nama dia saadiah kot, hihihihih, kalaulah dia baca blog ni, aku mintak ampun awal awal..(jap, baru dpt msg drp jeynah,SAEDAH ok nama dia) ok, so sampai kat ruang tamu, ada la kad birthday n satu kotak kasut..aku pun kena la paksa bukak kotak kan, dgn penuh malu nya (berlakon malu ok, sebenarnya tak sabar, wakakakakaka) bukaklah..dalam tu ada adiah aku iaitu serkup putih.serkup tudung tu.aku pun sengih je, ni mesti they all nak kenakan aku, tapi belek belek mmg serkup je ok.takper,yg penting kengkawan aku ingat n apprct (yg ni tak berlakon, tulus punya pengakuan, hehehe).pastu diorg paksa aku belek belek lg, korek korek, kat bawah upanya ada satu tiket flight.aku org desa ok, mana pernah naik flight, lagipun nak gi mana kan.TIKET FLIGHT MAS DR KUANTAN-KL.aduh..terharu sgt, seumur hidup tak pernah naik plane.bukan rasa nak nangis lg, mmg dah nangis dah pun ,aku peluk kengkawan aku n ucapkan time kasih.they all dah plan nak bg since aku kata aku homesick nak balik umah & kebetulan aku tak pernah naik kan.so, tarikhnya 4.8.2000- *****; No kapal tobang tu lah , ingat lg aku. so, frenz, power tak aku?aku ingat tau!terharu::sebak::macam macam aku rasa sbnarnya.apa yg aku bleh simpulkan, tak siasia aku berkwn dgn diorg nie..berharta tp sgtlah humble…emm..jiwang sket.bnyk lg ayat jiwang, tp simpan, kang menitik ayor mata kat keyboard, hahahaha.pas tu, aku ingat dah abis part sambut birthday aku, then they all ajak bangun, aku , ingat nak nyanyi lagi, upanya kena tarik masuk bilik air, kena simbah ok, menjerit jerit aku, sangatlah WANGI sampai aku nak termuntah..hancus.menggigil sejuk aku .kengkwn aku yg kretip ni  dah buat campuran air milo+dynamo+kicap+teh+sabun+pelbagai haruman lain yg tak dpt aku uraikan kat makmal..aduhh.upanya diorg tahu taktik badmood mlm tu, taktik aku nak melepaskan diri, siot tul la..hahaha, kena jugak kat aku.Anyway, aku still ingat sampai skang ..pas mandi terpaksa aku membalut rambutku yg cantik mengurai tu ngan tuala kuning striking tu. bdn aku berbau milo satu hari ok.THANK U FRENZ!!!!!Aku kenang sampai bebile, time ni bebudak mentah lagi, seronok giler ada geng yg gila cam ni.hhehehe

1.8.2004
 Ok, time ni hari Sabtu tak silap, aku dah grad, dah start kije tp contract la kan.time ni sumer kengkawan pun dah bz ngan hal masing masing, tap aku stil dok kat Pantai Dalam ngan Syikin..Syikin je yg takde hal hari tu, yang lain sumer bz mz.Jeynah, Anim, Mamee, Myz, Su..tp dptla msg drp kengkwn kan..then syikin ckp, takpelah dgoon, aku bawak kau jln jln ok.round round je.aku bwk kau gi Bangsar Shopping Centre ok. Kira orait la kan, takdelah aku poyo je sedey kat umah. Time ni boipren takde ok, hehehe. so, aku pun bersiap la, ngan suar jeans aku, kemeja pink n tudung  belit belit..bwk handbag itam kecik ..Tp aku cam pelik, kata nak bwk aku jln jln kat BSC tp ni cam round round UM je..bila aku tanya dia ckp, saje, kasik jln jauh sikit..ok, diam je lah.Sampai kat BSC syikin trus tarik aku nak masuk CHILIS..Jom dgoon, aku nak belanja kaumkn benda mahal skt, org lain takde , aku celebrate ngan kau , jom la, belanja mkn je.aku tak nak ok, sbb 1. tak nak susahkan dia. 2. aku tamau dia blnja aku mahal mahal sbb aku yg dah kije bkn dia. 3. aku nak jumpa kengkawan lain jgk sbnarnya. tp aku kena tarik dan kena paksa ok.so aku masuklah..SURPRISE!!!aku tgk sumer kengkawan aku dah ada dah, siap dah ada hidangan menunggu n also cake. Ya allah..terharu PART2.tak sangkala , diorg buat kezutan utk aku..aku cam..mmm..mmgla, semua berlakon bz sbb dah plan ok.sabar jelah..then, org2 CHILIS tu pun kuar la dr dapur they all, nyanyi birthday tuk aku, malu siot, org lain tgk..hehehe, sbb dah besar.dpt lg satu kek kecik drp CHILIS..comelnye sambutan harijadiku, hehehe
pastu sumer org kena bg ucapan n apa apa luahan ..best sgt time ni.semua bergelak ketawa happy meppy , mkn tak hingat dunia.NOn, time ni poyo je kau kan pakai spek bingkai itam.-konon  konon alternative la time tu..

ok, aku happy sgt time i.kwn2 aku mmg baik.

nilah antara gambar kekenyangan kirotg kat CHILIS BSC..

Chilis

so, tulah antara dua kenangan birthday yang paling best seumur hidup aku, setakat ini. Aku mmg beruntung sgt jumpa ngan diorg ni, anak anak org berada yg sgt kaya budi bahasa, baik hati, kepala gegiler, cantik cantik semuanya, pandai, klaka, etc etc etc. aku miss sgt kwn kwn ku, miss giler..miss kat jeynah, ngan lawak lawak toronnye, ngan topik topik menarik yg dicipta, miss nak tgk syikin, kwn yg sgt penyabar..nak borak, nak luah perasaan , nak tdo sama mcm kat umah sewa dulu, miss kat myz, yg suka je layan karenah aku, yg penuh ngan lawak toron berselindung di balik muka cute & innocent, sebnarnya maizie ni otak gegiler jgk, nak jumpa anim yg tgh sarat skang ni, nak dngr gelak dia, nak tgk mata sepet dia,mamee tonggek, ada je idea kau kan mamee nak wat lawak, nak ceriakan suasana, nak tgk su yg comey cam budak kecik, yg lembut sgt cam budak sekolah tp sebenarnya dah jadi mummy, hehehe,

act , thn ni aku sedey sbb tak dpt berkumpul cam dulu..bila ptg tu jeynah kol ckp jgn sedey sedey thn ni, aku dah nak menitik ayor mata (aku kan kememeh..) but life must goes on, understand the situation..betapa jauh sungguh dah kita sumer meninggalkan kenangan kan.i wish all of you have a great  life..aku pun masih dlm usaha meng’great’kan hidup aku..hehehe..sampai satu masa aku nak kite semua berkumpul ok. Time tu kita biarkan sumer sumer husband kita berkumpul n kita pergi satu sudut utk start gossip n cerita baru, hahahaha bestnye..

Till now……………thank u again to all my frenz..thank u for alwiz being there for me….thank u

 

SEKETIKA AHAD ….

July 30th, 2006 by dgoon

"Nak breakfast sama tak kat Hajris Bistro? Cepat siap..kul 9.30 kat gate depan". Dengan tangan terpisat pisat pantas jari aku membalas sms "NAK……………". emm…semalam bukan main beria lagi nak gi jogging kat Tasik Permaisuri..pagi ni melentik lentik bdn atas tilam malas nak bangun..alah, sekali sekala belasah makan kat mamak stall apa salahnya..tgk jam baru kul 7.30, sejuknya nak mandi, tp pelik, hari sabtu ahad je sejuk sgt2, kalau week days nak gi kije tu eluk je mandi. Nak tido dah tak mau lelap dah, dah terbiasa..sambunglah baca buku citer-SOMEONE TO WATCH OVER ME:JUDITH McNAUGHT. Ok gak arr citer dia,  mlm td tido lmbat sbb eager sgt nak abiskan (tp tak abis pun baca , hehehe).

        Then bangun mandi siap siap tunggu yong datang. kezenku yg setia, tempat di kala ujan renyai, ujan ribut ngan puting beliung; macam macam masalah bleh la bercerita ngan dia. then, kitorg trus ke destinasi , time nak order yong nak makan yong tau fu pulak, tergelak je mamat mamak tu..sah sah la takde kan, mana ada kat kedai mamak nak breakfast yong tau fu..kena betulkan urat la yong ni..something wrong somewhere, hahahaha, opps…sori yong, terkutuk plak.hehe, aku plak order megi goreng dgn harapan benda tu tak menggemukkan aku..aku mmg tgh rungsung & risau ngan masalah berat bdn aku yg semakin melonjak lonjak sejak kebelakangan ni..aku tanya yong, megi ni bleh gemuk ke tak, sibuk je mamat tu, "tada tada , u makan tada boleh gemuk punya, saya kasi itu telur satu biji saja.."amboi..kecoh je, aku bkn tanya dia pun.klah, apape pun..megi pun megi la..sambil tunggu order, macam macam topik yg kitorg borakkan,dari kisah arwah Hani Mohsen, CT Nurhaliza, Ina-Mawi, budak telan racun sbb mak tak kasik kahwin ngan mat rempit, pembunuhan adinda Sultan Pahang, Maya Karin ngan Khairy Jamaludin (anak Pak Lah tu), kekejaman Israel yg semakin berleluasa, sengketa Pak Lah-Dr M yang takde penyelesaiannya, Dr M kene spray ngan serbuk lada, sampailah kepada kisah tempat kerja aku yg sgtlah menensionkan aku sejak kebelakangan ni & jugak tmpt kije yong ..dia cikgu, lagi pening nak mendidik bebudak samseng skang ni..aduh nak tergelak aku bila dia citer yg bebudak Form 3 bleh phewittt kat dia time dia lalu nak mengajar kat kelas sebelah.Padahal bebudak tu tgh belajar ngan cikgu lain dlm kelas..emm..manalah adab bebudak zaman skang ni..hancuss..

          Selain tu terselit la jugak kisah cinta yong yang penuh ranjau duri, yg pastinya perit utk diteruskan..tp bak yg kita sumer tahu, soal hati; tiada sape bleh melawan takdir.begitulah..apa yg aku bleh ckp kat dia, buatlah apa yg patut, pklah pjg2, tapi walau apa pun yg terjadi aku takkan tinggalkan dia sorgsorg menanggung masalah..apa masalahnya?… sgtlah berat, sgtlah sukar utk dicoretkan, biar hanya dia dan aku yang tahu..betapa aku sebenarnya sgtlah terjerat dgn keadaan, dengan resah gelisah, gundah gulana hati yong, dgn adat resam keluarga yg sudah diketahui, dengan apa yg bakal berlaku, aku hanya mahu dia bahagia.betapa sewaktu kecil, kami pernah berjanji utk berkahwin bersama-sama, berkongsi pelamin..mungkin itu sekadar gurauan, yang pasti sekarang ini, aku mahu hidup bujang kami berakhir dgn kegembiraan..

               Kisah cinta aku?emm..akan aku coretkan dalam satu ruangan khas CINTAKU…hehehe, yang pasti aku berharap lelaki yang kucintai ini boleh menyayangi aku sehingga ke akhir hayatku..

Ok, sbnarnya bila kitorg ni dah berjumpa mmg tak bleh berenti berckp, macam macam nak update, maklumlah kesibukan aku yg mengalah kan CEO (padahalnya sgtlah tension bekerja) dan juga yong yg penuh dgn aktiviti aktiviti sekolahnya membuatkan kitorg ni jarang berjumpa..padahal dua dua kat KL jugak..lagi bila balik kampung berkepit je..macam tak berjumpa setahun..hehehe..abis je mkn, borak, bayar, chiow ..balik umah..

Sampai umah, apa lagi, zasss..terbang naik atas katil baca paper. Hari Ahad mmglah hari membaca sedunia keluargaku. Bermula ngan KOSMO, HARIAN METRO, MINGGUAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, NST semua balun. Padahal citer semua nak dekat sama je, tp dah terbiasa. Abis semua aku baca..then?bosan………………………………………………………………ramai je kengkawan ajak kuar, maklumlah skang ni kan MEGA SALE..tapi jgnkan diorg, aku pun heran, langsung takde perasaan nak shopping.Org ckp, takde hati nak lgsung.

Mungkin hati aku dah terbang pergi tempat lain..jauh? tak juga? dekat? pun tak juga..Perasaan aku time ni? KOSONG…….. SUNYI……..SEPI………..

KEPADA-NYA KITA KEMBALI…

May 31st, 2006 by dgoon

"Assalamualaikum..aku nak bagitau ni, bapak aku baru meninggal kejap td. Kat Hospital Klang…" - 3.08:02  am.

innalillah..aku tersedar message yang masuk dlm Samsung aku kul 5.30 pg camtu.Tersentak aku…sdih sangat rasanya.Ustaz Arshad. Ustaz aku masa aku Darjah 1 - Darjah 6, sekolah rendah agama sg tengi..tp aku dah tak ingat Ustaz Arshad ajar apa. Yang penting aku baik sangat ngan anak dia, JUAI.kiranya geng aku dr zaman hingusan, skali ngan AYU OTEN, TIMAH & ELLY. Message tu aku terima dr JUAI la.  Aku harap kau tabah dan bersabar..

Aku ngan JUAI kenal since kecik lg. Dalam kelas, aku tinggi, dia lebar. :) tapi dia baik hati.tak pernah nak sakitkan hati org.Dia antara budak lelaki yang paling pandai dalam kelas, selain daripada ZAKI.(Ayu, hem hem hem..hehehehe, husband kau tau tak citer bengong kau ni?) Lepas UPSR, mana mana yang cemerlang sumer skolah jauh jauh. Bertuahnya berada dlm golongan kengkawan yg cemerlang. Aku gi BBGS KL, ELLY gi STF, AYU, TIMAH & JUAI, pergi sekolah agama, SEKOLAH AGAMA SELISEK.then after PMR, aku gi SC MUAR, dengarnya JUAI student terbaik sekolah, baguslah..bila balik SG TENGI, hanya aku gan ayu je berkumpul, sbb time tu JUAI dah malu malu, apa la JUAI, malu malu ayam pulak..sesekali KHATY join. tup2 time nak register kat SC MUAR,ternampak ARWAH USTAZ..eh, apasal USTAZ ada kat sini? jenguk lg ternmpk JUAI..tersengih jer…biasalah sengih dia tu, nmpak pipi tembam je, hahahaha,tak sangka nye, akhirnya aku ngan JUAI satu sekolah. oklah , tp aku aliran SC TULEN amik AKAUN, JUAI pun SC TULEN jugak, tp ECONS.tup2, aku jadi TKP (TIMBALAN KETUA PENGAWAS-poyo je rasa time tu) & JUAI jadik KETUA NAKIB.wah..tp dia lg la alim drp aku walaupun time tu aku pun NAKIBAH..hehehe,

THEN after SPM, aku masuk UM JUAI masuk UPM sama ngan AYU…aku selalu gi UPM , berjumpa ngan korang kan!gi PESTA KONVO, DOK KAT RUMPUT TGK HAIL AMIR, UJI RASHID NYANYI, Oppss..time tu aku ngan ayu terkentoot depan kau, hahahaha, tak senonoh kan. tulah betapa selambanya kite.Pastu aku ngan overnya nak main sumer permainan yg macam fun fair tu semua, roller coaster dan macam macam roller lagi.akuingat aku power..naik sikit jerit nye serata alam, kalah MAYA KARIN.skali  turun dah terhuyung hayang, muntah.pastu kene teman aku dok kat batang pokok rehatkan minda aku yag bergoyang.spoil mood je time tu kan! then sambung borak..time tu syok btul berborak..balik bilik ayu, aku tibai mkn doyan sampai tersedak, hehehe,temboloks..

Then bila grad, kita dah jarang jumpa, bila kerja lagilah..Satu hari ELLY kahwin, barulah berkumpul balik kat Sungai Tengi, sumer pompuan , tp kau ikut jugak kitorg kan JUAI , ikut je kemana pergi, dalam tgh tgh hri panas terik tu..nampak la ZULHAM.. yang dulu ganaz, nakal, jahat dan mcm..dah berjanggut sejemput, hensem jugak, hehe, ZAMZARINA (best student), EFFA, BIAH, dan ramai lagi yg aku dah tak ingat nama diorg, eey, jahatnye aku sbb diorg ingat nama aku, hmm..tp aku stil tak jumpa TIMAH..miss her so much!kalau jumpa ntah ntah tak tau nak bahasakan apa?kita ke?aku ke?awk ke?org ke?dah lama sgt tak jumpa dia, dengarnya kawin businessman..harap dia bahagia………..KHAIRY?eh, gi mana my pair sportsman ni?hahahahaha, gossip cinta semut..

Now, masing  masing dah ada hidup sendiri..
Elly pun dah ada anak
Timah pun sama
Ayu dah 7 bulan pregnant
Adah pun dah kahwin
Effa ntah dah berapa anak ntah
Khaty pun dah bertunang
Aku?masih mengatur langkah mencari kebahagian sejati..
KAU? insyaallah, pasti akan jumpa idaman hati, jangan risau, TUHAN sudah berjanji, setiap seorang itu ada pasangannya..

Juai,aku sentiasa doakan kau sentiasa tenang dan redha dalam menjalani hidup. Bersabarlah dengan kehilangan orang yang paling disayangi, mungkin aku tak dpt merasai perasaan kehilangan sama mcm apa yang kau rasa, tp itulah sahaja yang aku  mampu ucapkan. Hidup perlu diteruskan, mcm yg kau selalu ckp pada aku, TUHAN SENTIASA MENDUGA UMAT YANG DIA SAYANG..

Al- Fatihah..

OLD TIME CRUSH..

May 7th, 2006 by dgoon
  • NON, POST NI AKU TUJUkAN KHAS KEPADA BACAAN DAN KOMEN POSITIF KAU

KALAU KAU JUMPA AIMAN !AIMAN!AIMAN!! ngan SUZIE!SUZIE!SUZIE! KAT PASAR SHAH ALAM
AKU PLAK JUMPA W..R..  Z….I..O..A..I kat KLCC. kwang kwang kwang..setelah sekian lama tanggal 6.5.2006 pukul 10.26 pagi, aku terserempak dirinya bersama aweknya, maybe yes maybe not!wow, teguhnya CINTA, kul 10.26 pagi sudah terpacak di KLCC. Dulu, dia tak pernah pun ajak aku gi KLCC..WAKAKAKAWAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA :) berangan lebih, hahahahahahaha, klaka klaka

KECIKNYA DUNIA..AKU PASRAH DENGAN KEADAAN :) , KWANG KWANG KWANG

LANTAI T.PINKIE

May 7th, 2006 by dgoon

(dgoon)  : TOOT..TOOT..Hello Mamee..apa khabar?kau ok?sihat?kurus?montel?
(mamee): DGOON! I MISS U SO MUCH!!lamanya tak dengar khabar kau!!kau ok?
(dgoon)  : aku ok..aku kat PULAPOL ni, menghabiskan masa ujung minggu ku, selamat tinggal KLCC yang dah lama tak kujejaki, aku punya tempat baru..kwang kwang kwang
(mamee): hahahaha, kau ni, bila nak jumpa ni?
(dgoon)  : ptg ni jom jumpa, aku nak ajak kau tgk Lantai T-Pinkie mlm ni kat Istana Budaya.JOM!!dah lama tak wat kije giler giler ngan kau, before tu , aku nak bwk kau (cewaahh! sape yg   bawak kete sbnarnya?:)) pegi KAMPUNG BARU, makan JOHAN SEAFOOD, tomyam
dia serius power  gerek siak cara seh..
(mamee) :ok, komfem, aku dtg amik kau 230

ok..bermula episod, aku ngan mamee, berpeluk sakan sbb dah lama tak jumpa kan, banyak giler citer nak update , maklumlah dalam 9 org geng DATIN (gelaran geng time matrix), aku ngan mamee je yg masih single (BLUM BERKAHWIN), hahahaha
                                    so, kitorg pun dgn plan mengejut nye trus la menuju ke ISTANA BUDAYA, malangnya tinggal tiket RM30 hinggit je, dok kat UPPER CIRCLE, oklah, sbb nak tgk NASHA berlakon teater punya pasal, on jelah. kebetulan ada LAMAN BUDAYA plak kat luar tu, orang orang seni ni jual la barang barang kraft, aku dengan perasaan tak bersalah telah membeli sepit lip lap (yang ntah bile nak pakai) ngan purse coklat rama-rama senget. oklah, round2, dah kul 3.50, oppss.aku telah meninggalkan suruhan Tuhan, lari lari anak gi surau kat ISTANA BUDAYA tu, solat ZOHOR then kitorg bergegas balik umah aku, amik baju formal sket la kan, takkan masuk ISTANA BUDAYA pakai jeans plak, maunya kene kuar balik, walaupun bkn artis macam MARSHA MILAN LONDOH, aku still ikut TEMA, tapi taklah sampai menyarung baju kebaya dgn kain batik, hahaha, sampai umah aku, aku rasuah mamee tgk gambar2 lama aku pun dok mengiron kemeja purple ngan skirt itam aku dan trus solat ASAR.then perut berkeriuk keriuk, aku plak mamam KFC  je ngan buah hati. tadi konyang la kan , dok mengadap je, now tahap keseleraan aku yg macam stokin kenyal ni membuak buak..sprt yg diwarwarkan aku membawa mamee ke lembah makanan yg aku ckp tadi. order tak hingat punya , mkn bubur dua org RM28 ringgit. kalau OPAH aku dengar sure terkejut, bubur apa tu?warna warni sangat ke?takleah OPAH, bubur nasik je, tp lauk pauk yg mengiringinya sungguh marvelles (aku tau salah eja) sekali!!mamee makan sampai jilat siku aku, hahahahahahahahahahahaa sedar tak sedar, perut dah mengeras, punggung cam melekat kat krusi, (kalah punggung NASHA), dah takleh bangun, ini mmg NABI marah ni, mkn sampai mcm tu…aduh tobat!!!next time nak makan sket sket je (AZAM DRP 3 TAHUN LEPAS :))..dah terlambat seh..7.05 dah, showtime kul830, nak kene balik umah makcik mamee, mandi n solat maghrib.so aku dgn caplinnya bersiap takut terlambat.

on d way, kitorg try try la pitching suara nyanyi lagu CT-BIARLAH RAHSIA..

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku membayangkan
pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu
mungkin nati kau jua, merasakan
berdepan dengan kata, menyesakkan
takkan tugumu kebal, tiada pertimbangan
keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas kupendam, kuputuskan
biarlah rahsia…….
semakin aku hidup dalam cinta
tiada kuasa mampu, menghalangnya
hentikan kata-kata,bertulangkan dusta……………….

    baik mamee atau aku , masing masing mengkagumi betapa kitorg punya suara semerdu CT,tp yelah tuah CT lebih menyerlah, kalau tak aku skang ni sure ada DATO’ L ke DATO’ M ke..hahahaha
best tul la, aku suka betul lagu ni

    tup2, kitorg sampai ISTANA BUDAYA dalam kul 8.25, alamak.perut memulas pulak.spoil tul la..lari 2 cute (jaga status, walaupun dah nak tercicir dah..)ke toilet, tapi tak ‘mboh mboh’ jugak..aduh..apa la time time ni plak nak meragam..emm..ntah DATIN mana ntah aku terserempak membebel kat toilet, ‘NILAH FACILITIES THIRD CLASS, TISSUE PUN TAKDE’ oopss..telinga aku macam malas je nak dgr, so, baik kuar.naik naik mamee dok F02, aku F03, atas skali..mamee dah gayat, hahaha, tp nasib baik blakang kan, so bleh sesuke ati je bangun kalau tak nampak. dah duduk tu, aku pusing keliling, saje je la kan, kot kot ada org nak amik autograph, WHAT???MATAKU SEAKAN TAK PERCAYA..OF ALL THE PLACES..OF ALL THE PEOPLE, upanya ZAHARUDDIN @ ZAHA ANAK PAK WAHAB dok kat blakang ktorg..:)dia tanya 2 org je dtg?yeszza la, takkan bertiga , dah aku bermingle mingle ngan mamee, tp aku paham, itu bahasa berbudi bahasa, takkan nak wat wat tak nampak plak kan, KAWAN LAMA………emmm…wateva…

 bila dah start show, aku pun try la nak memahami citer A.SAMAD SAID SASTERAWAN NEGARA KITA NI KAN, LANTAI T.PINKIE..NASHA jadik PINKIE..upanya ayah dia TENGKU, then meninggal, mak dia kahwin lain, pak tiri dia pun meningglal, sudahnya jadi pompuan JOGET, PINKIE membesar di lantai joget, dan akhirnya jadik macam mak dia. daripada TENGKU PINKIE, tp disebabkan punggungnya yg punya masa depan cerah (BAK KATA HAIRI) dia digelar TONGGEK PINKIE..T tu upanya TONGGEK..ok lah jugak, tak sangka NASHA bleh menyanyi, lain2 plakon yg menjayakan teataer ni, SAFURA (heroin RONGGENG ROKIAH),INSPEKTOR ALEEZA, VANIDA IMRAN, SOON AI LING, JALALLUDIN HASSAN, AZIZAH MAHZAN, HERONYA..HAIRI (nama sebenar tak ingat), emm..oklah jugak..PINKIE maut di akhir cerita..sronoknya dpt hug NASHA,hahahah…tapi tak dapat menandingi kehebatan TEATER PUTERI GUNUNG LEDANG..GILER BEST!!!sah sah yg tu aku dok btul btul dpan pentas, dpan skali siap nampak ROSLAN AZIZ kat bawah ngan barisan PEMUZIK,mana tak best..

        tp enjoy gak la tgk LANTAI T-PINKIE.at least malam minggu aku terisi dgn perkara yg aku suka.takdelah aku dok umah je..(alamak, nak kene jahit beads la..hehehe..hobi baru). abis je kitorg mmg nak balik trus,..alamak!!panjangnya org beratur, sessi tandatangan l, camne ni, aku menggunakan kederat empat kerat aku, turur bergomol gomol, bersessak sesak, menolak mamee yg comel (mamee, comel ke?kwang kwang kwang) sbb nak jugak amik gamba ngan PINKIE..hehehe, akhirnya YESZZ!!berjaya..so, puas ati, kitorg nak balik, wahhh..hujan lebat giler, siap guruh petir lagi, jam dah kul 12. camne ni, nak tak nak (BUKU JEYNAH) redah je la kan..masuk kete.SHOOOT!BANDAR SRI PERMAISURI..mamee mengidam NESCAFE PANAS, singgah dulu kat HAJRIS (24 HOURS MAMAK RESTAURANT) then balik umah. sampai umah dah kat kul 1, mamee tido umah aku, bahaya nak balik..sorang…malam…dah lewat..ujan..dah pelbagaibagai lagi reason yg mmg dia kene tido umah aku.BESTNYA!!ada geng tido malam ni…
            sampai je zass, tukar outfit, gosok gigi, cuci muka, solat, zzzzzzzzzzzzz….sampai pagi
letihnya TUHAN sahaja yg tau, macam aku je yang menari kat ISTANA BUDAYA, hahahaha
so, begitulah, hidup aku hari SABTU lepas a.k.a semalam…syioknye…………..tapi aku rasa kalau JEYNAH ada lagi BEST, tambah lagi ngan BURUNG BAYAN a.k.k SYIKIN…hahhahahahaha (try nak pakai jubah ijau jeynah yg besar)..

            eemm……..sebenarnya dis week aku banyak teringatkan kwan kwan aku..EVEN WE LOST CONTACT, OR EVEN WE HAVE NO TIME TO MEET, OR EVEN WE LESS SMS, OR EVEN U OR I TOO BUSY, OR EVEN U FORGET ME, I WILL ALWIZ REMEMBER U………GENG GENG DATIN , IKIP (1998-2000).
            rasa macam nak ter ‘emo’ sekejap sbb tadi tgk gamba gamba lama..rindunya…………..rindunya…………….rindunya……………..JEYNAH, MAIZIE, SYIKIN, MAMEE, ANIM, SUE + FEDD YG BENGONG……………………………………………………………..tibe tibe nak tambah lagi sorang …ENCIK ROSLAN……….hahahahahahahahahhaahha(yang ni aku citer next time)